Pages

Friday 9 November 2012

«Personal» Pertandingan Debat Bahasa Arab Kebangsaan USIM 2012 :)

Assalamualaikum ..
Hee baca elok-2 ye tajuk kat atas tu hehe . Saja lah nak share personal things kan , hee . Pada 6 hingga 10 Julai hari tu , CJ dan tiga kawan yang lain terpilih untuk mewakili sekolah menyertai Pertandingan Debat Bahasa Arab Kebangsaan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) . Tiga pendebat yang lain ialah Najmuddin , Faris dan Faiz . Ni CJ sertakan sekeping gambar kitorang . Nak gambar yang lain lagi ? Baca entri ini sepenuhnya !

Jom baca entri penuh ! Hee actually CJ taklah nak sangat masuk pertandingan ni , tapi sebab nak cari pengalaman , CJ beranikan diri jugak . Ye lah sampai bila kita nak berada di takuk yang lama kan ? Nak kata CJ ni pandai sangat Bahasa Arab pun takde lah jugak . Tapi dah terpilih ke pertandingan debat kebangsaan tu tak tahu lah macam mana kan haha . Pada mulanya hanya CJ dan Faris yang terpilih . Dan kami terpaksa mencari dua orang lagi pendebat yang lain . Memang satu je nama yang terlintas dalam kepala CJ , Najmuddin . Tak kira lah macam mana pun , I must get this boy to join this team ! Susah gila weh nak ambik dia ni haha . Pujuk punya pujuk , paksa tu jangan kira lah kan , akhirnya dia setuju join team debat ni tapi dengan satu syarat , dia nak Faiz join sekali . CJ kata perkara tu kena bincang dengan ustazah dulu . Then alhamdulillah , murah rezeki kami , tertubuh lah satu team debat Bahasa Arab SMKA Melor . Tiada unsur bangga ya di situ haha . 

Kami telah berbincang dan telah memberi jawatan masing-2 . Najmuddin , Perdana Menteri . Faris , Menteri Pertama . Hafiz (CJ), Menteri Ketiga . Faiz , Pendebat BackUp . Kami berlatih hanya dalam masa 2 minggu sebelum pertandingan . Sempat lah hafal segala mukaddimah , cara berhujah apa semua . Hee Ustazah Zaharah dan Ustaz Hamzah yang memang banyak sangat membantu kami . Syukran Jazilan :) Then kitorang bertolak lah ke USIM dengan bas JPN di Kota Bharu . Ada berapa buah sekolah dah semuanya ,  tak ingat dah . Kitorang berempat duduk kat seat belakang sekali hehe . Then kitorang jumpa geng ! SMKA Tok Bachok ! hehe best weh diorang . Sporting gila ! Hm panjangnya la nak cerita satu-2 pun hehe . Kami join pertandingan taknak menang pun . Just nak cari pengalaman . Ye lah kalau nak dibandingkan dengan sekolah-2 lain memang down la kan . Hehe CJ masih ingat lagi , 1st team yang kitorang kena lawan ialah SAMTAJ . Sekolah Menengah Tengku Ampuan Jamaah . Juara Debat Bahasa Arab 2011 , tahun lepas . WHAT ?! Dah la kitorang first time masuk pertandingan ni , tengok-2 first lawan SAMTAJ . Damn you know ! So , memang kitorang kalah lah hahaha . Tapi , lepas tu kitorang lawan dua buah sekolah lagi , then kitorang menang dalam kedua-2 perdebatan ! 


Cari SMKA Melor ya , hehe . 3-0 , ketiga-tiga hakim menyokong hujah kami :) Konklusinya , kitorang tak dapat bertahan lama . Kitorang penat sangat ulang alik dalam kawasan USIM tu sampai penat sangat . Sampaikan kitorang down gila punya . Seriously , we should beat Al-Mashoor school . Tapi entah , masa tu memang sume penat , down . Tak dapat nak berdebat dengan baik , so kitorang kalah :( Point tiada disitu then kitorang tak dapat meneruskan perjuangan lagi . SMKA Melor , maafkan kami . Tapi , CJ rasa bersyukur sebab sekurang-2nya kitorang menang 3 daripada 6 perlawanan . Okay la kot , korang ada? Haa . Pertandingan ni mengajar CJ erti persahabatan , persaingan dan cabaran yang hebat di luar sana . Sekian , sila cuci mata anda untuk melihat beberapa keping gambar kami :) Terima kasih , assalamualaikum :) 

Okay tu saja untuk tatapan umum . Tatapan peribadi banyaakk lagi haha . bye :) 


p/s : Thanks to Khairunnisa Khairudin , Suriati Rudin dan Alfaizie Anual for helping us at USIM .

4 comments:

  1. menarik lah sgt ;) !
    this year join lg ke?

    ReplyDelete
  2. Sekolah Menengah Al-Amin Bangi ada tak?

    ReplyDelete
  3. hafizzzz...dah nk habis bljr kat usim..baru terbaca entri ni... all the best to all of u... korg memang osem.. x menang xpa..pengalaman tu yang penting

    ReplyDelete
  4. Khairunnisa Khairudin29 January 2014 at 00:42

    Salam...hafizzzzzzzz!!!terharu sgt...hehehe..
    Its our pleasure to help u..hehehe...so,jgn dilupa persahabatan kita k... Bye2 :)

    ReplyDelete

 

Menarik Lah !





Klik Sini !

Duit Anda !