Assalamualaikum ...
THIS IS KOK LANAS ! Err apa maknanya tu eh ? Haha . Alaa saja nak buat macam bola sepak punya trademark tu lah , "This Is Kota Bharu" ! Haha . Tapi ni bukan Kota Bharu okay , ni KL punya hehe . Okay apa yang special sangat kat Kok Lanas ni ? Korang tahu ke Kok Lanas tu dekat mana ? Ada yang tak tahu ni hehe . Kok Lanas ni bukan bandar pun , Ketereh tu bandar . Tapi , sorry to say lah , Kok Lanas lagi maju dari Ketereh tu kehkehkeh . CJ stay kat Kok Lanas ni , so CJ tahu lah apa yang best dekat sini . Rasa bertuah ada rumah kat area ni hehe . Apa yang ada kat Kok Lanas ni ?
¤ Kompleks Perniagaan Saidina Ali
¤ Kolej Komuniti Kok Lanas
¤ Kolej Matrikulasi Kok Lanas
¤ KFC 24 Hour Drive-Thru
¤ Pizza Hut
¤ Klinik Perubatan 24 Jam
¤ Masjid-2
¤ Snooker
¤ Gymnasium
¤ CoolBlog
¤ Jabatan Pendaftaran Negara
¤ Pelbagai Bank
¤ Pelbagai Restoran
¤ ... Lain-2 lagi
Hee , pendek kata . Serba lengkap dah kat Kok Lanas ni . Semua ada . Senang ! Kalau sakit , klinik dekat aje . Nak makan , jalan depan sikit dah ada kedai makan . Sekarang Kok Lanas dah semakin maju . Dah pesat dengan pembangunan . Menarik ! Apa yang terbaru sekali , projek ni ..
Saturday, 3 November 2012
«Menarik!» This Is Kok Lanas !
Haa ni lah projek terbaru di Kok Lanas ni . Projek ni di bawah syarikat Rashdan Yusoff Properties . Hampir semua pembangunan kat Kok Lanas ni dibangunkan oleh syarikat ni . Termasuklah Kompleks Perniagaan Saidina Ali n KFC Pizza Hut tuh . Awesome kan ? Haha . Okay berbalik kepada cerita ni . Projek ni dekat pasar lama Kok Lanas tu . Bangunan kat atas tu dulunya Gudang Perabot . Tapi dah terbakar . Then , Rashdan Yusoff Properties ni dapat tender tuk membangunkan kawasan tu . Dan projek tu dah start pun hehe . Nampak kan jentolak dalam gambar tu hehe . Nak tahu apa yang akan dibina di kawasan ni ? Sebuah bangunan yang ada :
¤ Apartment
¤ Lot-2 Kedai
¤ Food Court
¤ Bowling Lanes
Hehe amacam ? Kawasan ni kecik je tau tapi akan ada semua ni , lagi la superb , haha . Famili CJ ada tanah kat belakang kawasan tu . Ingat kalau projek ni berjalan dengan lancar , kami nak clear kan tanah tu n buat tempat parking . Kayo pokcik , haha ! Tak tahu lah samaada berita ni betul ke tidak . Sebab Rashdan tu sendiri yang bagitahu ayah CJ tentang projek ni hehe . InsyaAllah kalau berjalan dengan lancar kan . CJ akan update lagi dari semasa ke semasa . Banyak lagi pembangunan yang akan di blog haha . Terima kasih kerana membaca !
p/s : best gila . Nak main bowling je pegi jalan kaki , pakai kain pelekat , rumah nek kat blakang tu je haha !
Subscribe to:
Post Comments (Atom)














No comments:
Post a Comment