Pages

Sunday 18 November 2012

«IsuSemasa» Suasana di Gaza .

Assalamualaikum ...
CJ pasti korang semua telah pun mengetahui bahawa Israel Laknatullah telah melancarkan serangan ke atas Gaza . Ya , serangan lagi . Israel sejak dulu lagi menyerang Gaza dan ia berterusan sehingga kini . CJ juga yakin korang pun mesti dah tengok gambar-2 serangan di Gaza . Sungguh menyedihkan Ya Allah :( Alhamdulillah kita di Malaysia , keadaannya tidak begitu . Rakyat Malaysia , tolong la bersyukur dengan nikmat pemberian Allah ini , bukannya mengutuk pemimpin negara serta sesiapapun . Sila lihat gambar di bawah ini .

Ya Allah , sedihnyaa :( Baca entri ini sepenuhnya untuk lebih gambar .









Lihat , apa yang terjadi kepada Gaza ? Sungguh menyedihkan . Kita yang hanya melihat gambar pun sudah dapat membayangkan keadaan di sana . Bagaimana pula dengan penduduk Gaza sendiri ? Sudah pasti amat perit ujian yang Allah berikan . Tetapi , cuba kita renung , di saat saudara kita di sana sedang bertarung nyawa sehingga hilang ahli keluarga , di mana kita ? Anda lihat masyarakat kita , di saat rakyat Gaza sedang berperang , ada di kalangan kita yang sanggup mengadakan solat hajat khusus untuk menjatuhkan parti politik ? Masih berperang tentang politik ? Sudah sudah lah .. Lebih baik kita sujud di tikar sejadah , memohon pertolongan dari Allah S.W.T . Jatuhkan kepala kita untuk Allah . Demi kebaikan umat Islam . Bukan mendoakan untuk menjatuhkan sesama Islam . Bangkit lah rakyat Malaysia ! Berdoalah untuk saudara kita di Gaza , bukan mengutuk pemimpin negara , berbalah sesama parti politik . Apa ni ? Ada ustaz yang mengatakan , Malaysia ada 16 jet pejuang , tapi hanya dipamerkan ketika sambutan kemerdekaan sahaja , bukannya nak hantar ke Gaza . Maaf , walaupun anda seorang ustaz , anda tetap manusia biasa . Kita manusia biasa . Perdana Menteri juga manusia biasa . Malah Raja sendiri hanyalah seorang manusia biasa . Tiada kesaktian untuk mengubah takdir Allah . Jadi rakyat Malaysia , hentikan provokasi sesama Islam . Rebahkan lutut anda kepada Allah . Bukannya mencaci , menghina , mengkritik pemimpin serta sesiapapun dalam apa jua isu termasuk isu Gaza ini . Ingat , jika kita tiada ilmu , lebih baik kita diam . Setiap yang berlaku ada hikmahnya . Kita sebagai hamba Allah hanyalah mampu berdoa dan berdoa dan berdoa demi kesejahteraan umat Islam di seluruh dunia . Lidah yang menghina lebih hina dari najis . Dan senjata paling utama dalam Islam ialah doa . Take note :) 
Maaf jika tersalah bahasa . 
Assalamulaikum :)

1 comment:

 

Menarik Lah !





Klik Sini !

Duit Anda !